Israk-lcsbj
Israk-lcsbj
previous arrow
next arrow

Tentang Kami.

LKPP Corporation Sendirian Berhad merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang  yang telah memulakan operasi pada 1hb Mac 1994. Aktiviti utama adalah dalam sektor perladangan dan pertanian yang melibatkan tanaman kelapa sawit, pemprosesan minyak sawit mentah, penternakan lembu daging dan tenusu, pemprosesan baja organik, pelancongan tani dan akuakultur.

Visi.

Menjadi nama ulung sebagai sebuah syarikat yang lestari di dalam ke semua aktiviti perniagaan serta perladangan dengan pencapaian yang diiktiraf kompetitif antara pemain industri dan piawaian global.

Misi.

Bersama makmur dengan tadbir urus yang telus, cekap, inovatif dan bertanggungjawab dalam industri perladangan, Agro-pelancongan juga kesemua bidang agribisnes bagi penghasilan produk serta perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan mampan seraya memberi nilai tambah kepada keseluruhan rantaian bekalan termasuk pemegang taruh.

Nilai Murni.

Bagi mencapai visi dan misi syarikat, kita didorong oleh nilai-nilai murni tersebut:

01.

Interaksi

02.

Ketelusan

03.

Istiqamah

04.

Integriti

05.

Kecemerlangan

"Sebagai syarikat yang berasaskan kelestarian, kami menggabungkan teknologi moden dengan tradisi pertanian
untuk memastikan hasil terbaik sambil memelihara alam sekitar."