BAJA BIO-ORGANIK

Makmur Bio-Organik

LKPP Corporation Sdn. Bhd. (LCSB) telah melangkah setapak lagi di dalam penyelidikan dan pembangunan menerusi penghasilan baja organik. Ianya dihasilkan menerusi kaedah penghasilan kompos berteknologi tinggi. Inovasi yang dijalankan ini dijangka mampu meningkatkan pendapatan tambahan bagi LCSB.

Baja organik yang dihasilkan ini mampu meningkatkan penghasilan berdasarkan menerusi kecekapan tanah untuk menampung air dan nutrien. Ianya juga mampu membentuk persekitaraan yang bermanfaat dan habitat kepada hidupan mirkob yang bertindak menjadikan tanah lebih subur.