MAKMAL ANALISIS
Makmal Analisis LKPP Corporation Sendirian Berhad
Pembangunan Makmal Analisis LCSB bermula pada pertengahan Ogos tahun 2020 & beroperasi sepenuhnya pada 1 November 2020 serta merupakan makmal pertama di bawah agensi kerajaan negeri Pahang.
Perkhidmatan yang diberikan adalah analisis sampel daun,tanah dan baja. Rujukan kaedah yang digunakan adalah mengikut Malaysia Standard (MS) dari SIRIM (MS 677-Plant, MS 678-Soil, MS 417- Baja).
Khidmat Yang Ditawarkan
” Analisis sampel daun untuk menentukan tahap nutrien dalam tanaman dan jumlah keperluan baja. “
” Analisis sampel tanah untuk menentukan ciri tanah, kesuburan tanah dan pemuliharaan tanah. “
” Analisis sampel baja untuk memastikan tahap kualiti yang dibekalkan kepada peladang adalah mengikut piawaian. “
Pengurusan Kualiti Makmal
Pada masa sekarang, keupayaan makmal analisis 2000 sampel daun, 500 sampel tanah dan 2,500 sampel baja setahun. Jangkaan tempoh analisis sampel daun adalah 5 hari, sampel baja adalah 5 hari dan sampel tanah 10 hari. Fungsi makmal adalah memberi sokongnan teknikal kepada pihak agronomi dan ladang dalam pengurusan nutrien secara bersepadu untuk meningkatkan produktiviti dan hasil tanaman yang tinggi terutamanya tanaman sawit.
Pembangunan akan datang untuk memastikan makmal berdaya saing adalah :
- ”Mendapatkan akreditasi ISO 17025 dari pihak Jabatan Standard Malaysia.”
- “Pendaftaran Persatuan Makmal Pertanian Malaysia.”
- “Penambahan skop kepada analisis air & effluent untuk menyokong kelestarian MSPO dan analisis tandan sawit penentuaan kadar perahan minyak sawit.”
Seiring dengan Pembangunan makmal di bahagian Agronomi dan Khidmat Pertanian (AKP), pihak AKP menawarkan perkhidmatan nasihat pertanian oleh Agronomi. Khidmat nasihat ini termasuk percontohan, syor pembajaan dan lawatan agronomi.
Perkhidmatan makmal analisis ini dibuka kepada semua agensi kerajaan, pihak swasta dan individu terutamanya di negeri Pahang dan kawasan sekitar pantai timur Perkhidmatan ini dengan caj yang kompetitif.
MAKMAL ANALISIS LCSB
KM42, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur,
26020 Gambang, Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-5165180 | Makmal: 017-236 3643 | Email: makmallcsb@lcsb.com.my