PERKILANGAN

Previous slide
Next slide

Kilang Sawit LCSB Lepar

Sebagai sebuah syarikat dengan kawasan perkebunan berskala besar, keperluan untuk memiliki kilang kelapa sawit untuk memproses buah tandan segar (BTS) dilihat sebagai satu pelaburan utama. Kilang Sawit Lepar, yang terletak di Lepar, Pekan, dibina pada tahun 1995 dan mula beroperasi pada tahun 1997. Kilang ini mampu memproses sebanyak 60 tan BTS per jam.

Previous slide
Next slide

Kilang Dominion Square Sdn. Bhd.

Sebuah lagi kilang kelapa sawit dibangunkan pada tahun 2000 di Ladang Sri Meranti, Kuantan dan mula beroperasi pada tahun 2003. Kilang ini mampu memproses 45 tan buah tandan segar per jam. Diuruskan oleh syarikat subsidiari LCSB melalui Dominion Square Sdn Bhd, bagi menampung peningkatan jumlah buah tandan segar (BTS) dan juga bagi menangani bekalan buah tandan segar (BTS) dari pembukaan ladang baru oleh kumpulan LKPP dan pembekal luar.

Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Dominion Square Sdn Bhd ditubuhkan berdasarkan MS ISO 9001: 2015 yang merangkumi aspek seperti memperoleh dan memproses buah kelapa sawit untuk menghasilkan minyak sawit mentah dan isirong. Sistem ini penting untuk menjamin produk yang berkualiti dan sesuai dengan standard industri sebelum dijual dan dihantar kepada pembeli.

Previous slide
Next slide
Previous slide
Next slide

Makmur Bio Organik

Projek mula beroperasi pada tahun 1999. Kilang ini mempunyai kapasiti untuk memproses sehingga 2,000 metrik tan baja organik setiap bulan.

Sisa kelapa sawit dari Kilang Sawit Lepar LCSB digunakan sebagai elemen utama untuk membuat baja organik. Bahan buangan seperti tandan kosong   akan dikisar dan diproses, kemudian dicampurkan dengan mikroorganisma sehingga akhirnya menghasilkan baja organik.

Proses penghasilan baja organik ini telah mengubah Kawasan Lepar menjadi “Agro-Waste Free Zone” dan “Agro-Recycle Zone”.