E-INTEGRITI
LKPP Corporation Sendirian Berhad (LCSB) berusaha untuk mencegah rasuah dan sogokan serta menegakkan taraf tertinggi integriti, tanggungjawab dan profesionalisme dalam urusan perniagaan. LCSB mempunyai toleransi sifar terhadap aktiviti rasuah dan sogokan serta komited menjalankan perniagaan secara beretika dan jujur.
Polisi ini terpakai kepada semua Pegawai, Kakitangan, pekerja, termasuk pekerja tetap, kontrak, dan sementara, Pihak Berkepentingan Syarikat serta mana-mana individu yang berada di premis syarikat.
LCSB komited dalam:
- Mematuhi peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan undang-undang yang berkaitan dengan menerapkan integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam semua aspek perniagaan;
- Melarang anggota perkhidmatan dari meminta, menerima dan menawarkan rasuah atau sebarang bentuk salah laku penyelewengan;
- Memastikan anggota perkhidmatan dan pihak berkepentingan mematuhi Polisi Antirasuah & Antisogokan serta prosedur-prosedur berkaitan seperti yang digariskan dalam Sistem Pengurusan Antirasuah, dan berusaha untuk menambah baik sistem secara berterusan; dan
- Menggalakkan budaya integriti dengan menyediakan saluran bagi laporan-laporan perlakuan rasuah dan salah laku, selaras dengan Prosedur Pemberi Maklumat Syarikat.
Setiap anggota perkhidmatan dan pihak berkepentingan mempunyai kewajipan untuk membaca, memahami dan mematuhi Polisi Antirasuah & Antisogokan ini. Ketidakpatuhan dan pelanggaran polisi ini oleh anggota perkhidmatan atau pihak berkepentingan boleh mengakibatkan tindakan diambil oleh pihak syarikat sejajar dengan polisi, prosedur, arahan dan garis panduannya dan/atau dikenakan tindakan undang-undang.
Polisi ini bertujuan untuk mengawal penerimaan dan pemberian hadiah dalam organisasi bagi memastikan integriti serta mengelakkan konflik kepentingan. Polisi ini terpakai kepada semua pegawai, kakitangan, serta pihak berkepentingan yang berurusan dengan organisasi
Penerimaan dan pemberian hadiah :
- Kakitangan tidak dibenarkan memberi atau menerima hadiah yang boleh mewujudkan konflik kepentingan serta unsur rasuah dan ;
- Hadiah hendaklah bernilai tidak melebihi had yang telah ditetapkan seperti yang tertakhluk dalam Prosedur Hadiah & Hospitaliti;
- Mana-mana hadiah yang melebihi had yang telah ditetapkan hendaklah dibuat justifikasi dan perlu mendapat kelulusan secara kolektif oleh Jawatankuasa Pematuhan Antirasuah;
- Semua penerimaan dan pemberian hadiah hendaklah direkodkan dalam Borang Penerimaan & Pemberian Hadiah
Setiap anggota perkhidmatan dan pihak berkepentingan mempunyai kewajipan untuk membaca, memahami dan mematuhi Polisi Penerimaan & Pemberian Hadiah ini. Ketidakpatuhan dan pelanggaran polisi ini oleh anggota perkhidmatan atau pihak berkepentingan boleh mengakibatkan tindakan diambil oleh pihak SYARIKAT sejajar dengan polisi, prosedur, arahan dan garis panduannya dan/atau dikenakan tindakan undang-undang.
Pemberi maklumat akan diberikan dengan perlindungan kerahsiaan identiti, setakat yang munasabah yang boleh dipraktikkan selaras dengan akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).Pemberi maklumat juga akan dilindungi daripada sebarang tindakan buruk dan merugikan kerana mendedahkan sebarang perlakuan tidak wajar yang dilakukan atau akan dilakukan dalam SYARIKAT, setakat yang munasabah yang boleh dipraktikkan, dengan syarat pendedahan itu dibuat dengan niat baik. Perlindungan sedemikian diberikan walaupun siasatan kemudian mendedahkan bahawa pemberi maklumat terkhilaf tentang fakta dan prosedur yang terlibat.
Sebarang percubaan untuk bertindak balas atau menakut-nakutkan kepada pemberi maklumat yang membuat laporan adalah melanggar KOD TADBIR URUS KORPORAT SYARIKAT KUMPULAN PERBADANAN KEMAJUAN PERUSAHAAN PERTANIAN NEGERI PAHANG yang serius dan hendaklah diuruskan dengan tindakan dan prosedur tatatertib.
Pemberi maklumat akan dilindungi daripada sebarang tindakbalas yang memudaratkan, termasuk apa-apa bentuk gangguan akibat daripada pendedahannya. Jika pemberi maklumat percaya bahawa dia terdedah kepada ancaman dan gangguan, akibat daripada pemberian maklumat, dia boleh berunding atau melaporkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pematuhan Antirasuah.
LKPP Corporation Sendirian Berhad akan berusaha untuk memastikan persekitaran kerja yang selamat, sihat, dan produktif dengan menghalang penyalahgunaan dadah dalam kalangan pekerja
Polisi ini terpakai kepada semua pekerja, termasuk pekerja tetap, kontrak, dan sementara, serta mana-mana individu yang berada di premis syarikat, antara komitmen yang ditunjukan oleh syarikat adalah seperti berikut :-
- Larangan
– Penggunaan, pemilikan, pengedaran, atau pengaruh dadah di tempat kerja adalah dilarang sama sekali.
– Pekerja dilarang membawa atau menyimpan sebarang jenis dadah haram di dalam premis Syarikat atau semasa menjalankan tugas rasmi.
– Pekerja yang berada di bawah pengaruh dadah semasa waktu bekerja akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas - Ujian Saringan Dadah
– Syarikat berhak menjalankan ujian saringan dadah secara berkala atau secara rawak ke atas pekerja.
– Pekerja yang enggan menjalani ujian tanpa alasan munasabah boleh dikenakan tindakan disiplin
– Jika didapati positif, pekerja dan dirujuk untuk siasatan lanjut dan tindakan susulan - Program Kesedaran & Sokongan
– Syarikat akan menganjurkan kempen kesedaran, latihan dan ceramah berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah.
– Pekerja yang mengalami masalah ketagihan digalakkan mendapatkan bantuan melalui program pemulihan yang disediakan oleh agensi berkaitan. - Tindakan Disiplin
– Mana-mana pekerja yang melangar polisi ini boleh dikenakan tindakan disiplin termasuk termasuk amaran, pengantungan, atau pemecatan bergantung kepada tahap kesalahan
– Jika melibatkan kesalahan jenayah, laporan boleh dibuat kepada pihak berkuasa
Pematuhan arahan dalam polisi ini adalah selaras dengan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Pencegahan Dadah 1983.
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | Â |